Wednesday, 3 August 2022

Tabungan 52 Minggu

3.8.2022 (5 Muharram1444H)

Tips Menabung
=============
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang agak sukar menyisihkan 10% daripada pendapatan untuk disimpan. Ia dipanggil "Tabungan 52minggu"

Caranya begini:
1) Tetapkan satu nilai yang agak selesa kita simpan dalam tempoh seminggu. Contoh: Seminggu sekali nak simpan Rm20.00, dalam sebulan ada 4 minggu,jadi jumlah simpanan sebulan ialah Rm80.00

2) Tetapkan simpanan tersebut selama 52minggu tanpa diusik langsung. 
Kenapa 52 minggu? 
52minggu bersamaan dengan 1 tahun. Kita pecahkan kepada minggu untuk memberi emosi kepada minda kita bahawa seminggu cuma perlu asingkan RM20 sahaja untuk simpanan. So kita takkan terasa berat untuk menyisihkan amaun tersebut.

3) Insha Allah sekiranya masih panjang umur dan diberikan rezeki, pada minggu ke-52, kita akan ada simpanan sebanyak RM1040.00..Banyak kan..? Duit tu kita boleh simpan di Tabung Haji atau convert kepada Emas 1 Dinar atau pun untuk sumbangan ke masjid dan anak yatim.

4) Itu baru simpan seminggu Rm20, just imagine kalau simpan seminggu Rm30,Rm40,Rm50..

5) Seronok kan? So,mulai minggu nie jom kita buat "Tabungan 52 Minggu" nie secara konsisten.

Monday, 10 August 2020

Kisah Imam Ahmad Dan Si Pembuat Roti

Imam Ahmad merupakan seorang ulama besar hadith. Nama penuh beliau ialah Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥanbal Abu ʿAbd Allah al-Shaybani. Imam Ahmad merupakan anak murid kepada Imam As Syafie. 

Pada satu ketika, terdetik hati beliau untuk pergi ke sebuah kota di Iraq. Imam Ahmad ketika itu sudah agak berusia. Entah kenapa keinginan untuk ke tempat itu sangat melonjak. Lantas beliau pun bermusafir ke sana. 

Setelah tiba di kota itu, azan Maghrib berkumandang. Imam Ahmad pun berjemaah solat Maghrib di masjid terhampir. Penduduk di sana langsung tidak mengetahui bahawa beliau adalah Imam Ahmad. Selesai solat,  beliau ingin berehat di dalam masjid. Tiba2 datang seorang penjaga masjid menegur beliau:

Penjaga masjid: Ya Syeikh,  anda buat  apa di sini? 

Imam Ahmad: Saya sedang bermusafir.  Saya ingin berehat sebentar di dalam masjid ini. 

Penjaga masjid: Tidak boleh!  Syeikh mesti keluar dari dalam masjid ini selepas solat. 

Imam Ahmad lantas keluar dari dalam ruangan solat dan berehat di perkarangan masjid pula. 

Penjaga masjid itu datang semula menemui Imam Ahmad lalu menyuruh beliau keluar daripada kawasan masjid. Begitu keras arahan penjaga masjid itu kepada Imam Ahmad sehingga boleh didengari oleh si pembuat roti yang sedang berniaga bersebelahan masjid itu. 

Pembuat roti: Ya Syeikh, marilah berehat di rumah saya. Tuan boleh bermalam dan menginap di rumah saya. 

Imam Ahmad bersetuju dengan pelawaan si pembuat roti itu. 

Sampai di rumahnya, Imam Ahmad dapat mengesan satu perlakuan unik si pembuat roti itu. Setiap gerak-geri dan perbuatan hamba Allah itu pasti disertai dengan Istighfar. Ketika mengadun roti, memecahkan telur, mengangkat barang Dan sebagainya, mulutnya tidak putus2 menyebut Istighfar. Dia hanya berhenti ketika Imam Ahmad mengajaknya bersembang. 

Imam Ahmad lantas bertanya:

Imam Ahmad: Wahai tuan, sudah  berapa lama tuan mengamalkan zikir Istighfar ini? 

Si Pembuat Roti: Sudah lama Syeikh. Sejak saya masih remaja sehinggalah sekarang. 

Imam Ahmad: Apa manfaat yang engkau perolehi dengan membaca Istighfar setiap masa ini? 

Si Pembuat Roti: Tiada satu pun hajat yang saya ingini tidak dipenuhi oleh Allah.  Cuma satu hajat sahaja yang saya sedang tunggu saat pemakbulannya. 

Imam Ahmad: Apakah hajatmu itu. 

Si Pembuat Roti: Saya ada mendengar tentang seorang ulama yang terkenal bernama Imam Ahmad. Saya sangat ingin dengannya.  Saya berdoa kepada Allah supaya diizinkan saya untuk bertemu dengannya. 

Lantas Imam Ahmad bertakbir memuji Allah. 

Imam Ahmad: Allahu Akbar!  Akulah Imam Ahmad yang engkau ingin jumpa. Dengan istighfarmu hatiku terdetik untuk ke sini. Dengan istighfarmu aku diarahkan keluar dari masjid. Dengan istighfarmu kita dapat bertemu dengan keizinan Allah. 

Tuesday, 28 July 2020

Berubahlah Kerana Allah

Perlahan lahan tinggalkan dunia. Ubah fesyen kepada lebih menutup aurat.

Ubah warna warni di muka kepada tanpa mekap.

Ubah tudung ikut trend kepada labuh dan mesra solat.

Ubah baju ketat kepada labuh dan longgar.

Ubah susah solat kepada mudah solat 

Ubah suka emas kepada tiada langsung pakai emas. 

Ubah kaki yang telanjang kepada stokin.

Ubah percakapan kasar bukan kepada lebih lemah lembut.

Ubah percakapan maki hamun kepada pujian dan kata kata elok di dengar

Ubah umpatan kepada zikir, istighfar dan selawat.

Ubah benci menjadi sayang pada seluruh alam.

Ubah sebar aib kepada doa yang baik baik.

Ubah tak solat kepada jaga solat wajib dan tambah lagi solat sunat.

Ubah ubah ubah semua ketika masih bernafas. 

Sibuk ubah diri sendiri. Biar semua jadi bekalan ke sana. Biar semua apa dilakukan jadi medan pahala menguntungkan bukan lagi merugikan.

#tipspuanzarini

Thursday, 23 January 2020

Pasang Sumbu pada pokok tin.

               
Sumbu yang telah siap dipasang. 

23.1.2020

Malam tadi buat pemasangan sumbu yang menghubungkan air di dalam botol mineral kepada bahagian akar pokok tin sebagai persediaan sebelum pulang ke Pekan Pahang petang nanti. 

Ia bertujuan untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi walaupun tidak disiram selama beberapa hari. 

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana sumbu itu berfungsi? 

Sumbu yang digunakan itu akan menyedut air dari botol mineral itu seperti konsep Sponge. 

Sumbu ini akan sentiasa dalam keadaan basah dan akar tanaman akan menyerap air daripada sumbu tersebut. Keadaan sumbu yang sentiasa basah membolehkan tanaman sentiasa dapat menyerap air yang diperlukan. 

Untuk tingkatkan jumlah air yang diserap, kita boleh gunakan lebih daripada satu sumbu.

Kebiasaannya  1.5liter air boleh bertahan selama 3-4 hari(bergantung kepada saiz pokok). 

Semoga ikhtiar ini akan dapat membantu pokok tin untuk menjalani proses pembesarannya dengan sihat dan kuat. 

Insha Allah. 

#WaniedaAgro
#BajaAB

Wednesday, 22 January 2020

Semai Sawi Emas

22.1.2020
========
Percubaan kali kedua menyemai Sawi Emas menampakkan respons yang positif. 

Alhamdulillah biji benih yang bercambah lebih banyak dan sihat. 

Saya mula semai pada 17.1.2020 dan hari ini adalah hari ke -5.


Hari Kedua Benih sudah bercambah


Hari Ke-3 

Hari ke-5


Antara perkara yang diberi perhatian semasa proses semaian:
a) Pemilihan biji benih yang berkualiti. 
b) Kaedah rendaman biji benih sebelum  disemai. 
c) Medium untuk semaian. 
d) Menjaga kelembapan medium. 
e) Proses pemindahan ke medium yang lebih selesa untuk anak benih. 

Semoga Allah izin untuk merasa hasil tuaiannya nanti. Insha Allah. 

#WaniedaAgro
#BajaAB

Thursday, 9 January 2020

Tanda kekurangan nutrien pada tumbuhan.

Secara asasnya terdapat 12 jenis unsur atau nutrien yang penting untuk pertumbuhan tanaman. Nutrien tersebut diperlukan sebagai Unsur Utama (NPK) dan juga Unsur Pekit (Selain daripada NPK). 

Unsur Utama adalah Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K) yang lazimnya menjadi komponen utama dalam komposisi baja yang digunakan dan dijual dipasaran. Walaupun ketiga-tiga unsur tersebut diperlukan dengan kuantiti banyak tetapi unsur pekit seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi /Ferum (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron (B), Kuprum (Cu) dan Molybdenun (Mo)  juga signifikan keperluannya. 

Apa yang berlaku sekiranya salah satu unsur utama nutrien tidak mencukupi? 
Sebagai contoh Nitrogen. 
Semua tumbuh-tumbuhan memerlukan bekalan makronutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat, dan nitrogen adalah nutrien yang biasanya terhad.  

Kekurangan nitrogen dalam tumbuh-tumbuhan boleh berlaku apabila bahan organik dengan kandungan karbon tinggi, seperti habuk papan, ditambah kepada tanah.

Organisma tanah menggunakan mana-mana nitrogen untuk memecahkan sumber karbon, menjadikan N tidak tersedia kepada tumbuh-tumbuhan.

Ini dikenali sebagai "merompak" tanah nitrogen.Gambar di bawah menunjukkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh daun sekiranya tumbuhan mengalami kekurangan nutrien. 

                     

Symptom seperti dlm gambar akan berlaku sekiranya salah satu nutrien yg diperlukan tumbuhan tidak mencukupi.

Tuesday, 17 December 2019

Tarikh Luput Tong Gas

Tahu tak tong gas ada tarikh luput?

Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan.

Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical,

                         

Contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

 *A* untuk *March* (Suku pertama)

*B* untuk *Jun* (Suku kedua)

*C* untuk *September* (Suku ketiga)

*D*untuk *December* (Suku keempat)

digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2017 sahaja.
 Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang.

*B21* tu ,tong gas tu masih selamat diguna sehingga bulan jun tahun  *2021*