Thursday 28 November 2019

Wanieda Agro

"PERTANIAN ITU NADI KEHIDUPAN"

Terima kasih pada yang sudi singgah di sini. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi cerita dan ilmu tentang pertanian. 

Cuba kita bayangkan dunia ini tanpa pesawah yang menanam padi, petani yang menanam sayur-sayuran dan herba-herba. Pasti tubuh badan ini akan lemah longlai sebab tiada sumber tenaga dari makanan.  Di dalam Islam,  sektor pertanian sangat diberi perhatian. 

Sebagai contoh Firman Allah SWT di dalam Surah Al-An'am ayat 99:

"Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman."

Ayat itu sangat jelas menunjukkan bahawa aktiviti pertanian merupakan salah satu saluran untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap proses dari menyemai benih,  percambahan, pembesaran, pengeluaran bunga, buah dan seterusnya menuai akan membawa kekaguman kita kepada Allah S.W.T

Konsep tawakkal juga dapat diserap di dalam aktiviti pertanian di mana walau sebaik mana pun penjagaan kita terhadap tanaman tersebut, hanya Allah yang menentukan hasil di pengakhirannya. 

Tidak kisah sama ada kita berkebun secara kecil2an di tepi rumah atau secara skala besar,  yakinlah bahawa anda sedang membantu manusia di sekeliling anda melalui aktiviti pertanian. 

Didoakan semoga kalian dapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan 



Untuk sebarang pertanyaan / atau kemusykilan boleh hubungi : 

no telefon / wassap 012-653 0189
email : waniedaagro@gmail.com

No comments:

Post a Comment