Sunday 8 December 2019

Membuat Perangkap Lalat Buah

Salah satu cara yang berkesan dan tidak menggunakan racun untuk mengatasi serangan lalat buah ialah dengan menggunakan Methyl Eugenol.

Ia berfungsi untuk menarik perhatian lalat buah jantan masuk ke dalam botol perangkap bagi menghampiri kapas yang telah dicelup dengan Methyl Eugenol disebabkan baunya yang menyerupai feromon untuk mengawan yang dirembeskan oleh lalat betina.

                      
       
Berikut adalah kaedah untuk menyediakan perangkap lalat buah:

1) Cari botol saiz 5liter (untuk kebun)

2) Tebuk lubang lebih kurang saiz 5mm sebagai tingkap utk lalat buah masuk. Buat dua lubang.

3) Isi air lebih kurang suku bahagian botol tu.

4) Guna kapas untuk diletakkan beberapa titis Methyl Euganol, ikat dengan tali dan selit pada penutup botol. Gantung kapas tersebut di dalam botol dan pastikan tak terkena air yg di bawah tu.

5) Lalat buah jantan akan tertarik dgn kapas yg dititiskan dgn Methyl Euganol tersebut kerana ia menyamai bau feromon yg dirembeskan oleh lalat buah betina.

6) Lalat yg terperangkap akhirnya akan mati di dalam botol perangkap tersebut. Apabila tiada persenyawaan antara lalat buah jantan dan betina, maka buah pada pokok akan terpelihara daripada gangguan larva lalat buah yg disuntik oleh lalat buah betina.

                         


 
Sekiranya ada yang yang berminat untuk membeli pemikat lalat buah ini,  boleh whatsap saya melalui link :
                http://www.wassap.my/0126530189/NakOrderPemikatLalatBuah


No comments:

Post a Comment