Pokok Selasih sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Boleh dikatakan ia merupakan pokok 1001 fungsi.
Ia adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya. Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit da mengurangkan stress. Ia juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan.
Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sup atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.
Pucuk selasih biasanya dicampurkan dalam masakan gulai nangka muda, masak lemak labu atau masak lemak udang/ketam. Manakala biji selasih amat sesuia dijadikan minuman untuk menyejukkan badan.
Dengan menggunakan daun selasih sebagai menu makanan kita, kita beroleh pelbagai khasiat herba untuk kesihatan badan kita yang berpanjangan. Apatah lagi penanamannya amat mudah dan tidak perlu menggunakan bahan kimia (racun makhluk perosak) untuk menjaganya.
Dahan Selasih Tidaklah Tebal
Mudah Digentas Dengan Tangan
Jangan Letih Berbuat Amal
Andai Syurga Menjadi Idaman.
Sudah Patah Pucuk Selasih
Gugur Bunganya Di tengah Huma
Ke Hadrat Allah Kita Merintih
Mengenang Dosa Setiap Masa.
No comments:
Post a Comment