Secara asasnya terdapat 12 jenis unsur atau nutrien yang penting untuk pertumbuhan tanaman. Nutrien tersebut diperlukan sebagai Unsur Utama (NPK) dan juga Unsur Pekit (Selain daripada NPK).
Unsur Utama adalah Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K) yang lazimnya menjadi komponen utama dalam komposisi baja yang digunakan dan dijual dipasaran. Walaupun ketiga-tiga unsur tersebut diperlukan dengan kuantiti banyak tetapi unsur pekit seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi /Ferum (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron (B), Kuprum (Cu) dan Molybdenun (Mo) juga signifikan keperluannya.
Apa yang berlaku sekiranya salah satu unsur utama nutrien tidak mencukupi?
Sebagai contoh Nitrogen.
Semua tumbuh-tumbuhan memerlukan bekalan makronutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat, dan nitrogen adalah nutrien yang biasanya terhad.
Kekurangan nitrogen dalam tumbuh-tumbuhan boleh berlaku apabila bahan organik dengan kandungan karbon tinggi, seperti habuk papan, ditambah kepada tanah.
Organisma tanah menggunakan mana-mana nitrogen untuk memecahkan sumber karbon, menjadikan N tidak tersedia kepada tumbuh-tumbuhan.
Ini dikenali sebagai "merompak" tanah nitrogen.Gambar di bawah menunjukkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh daun sekiranya tumbuhan mengalami kekurangan nutrien.
Symptom seperti dlm gambar akan berlaku sekiranya salah satu nutrien yg diperlukan tumbuhan tidak mencukupi.
No comments:
Post a Comment