Serangan Penyakit Antraknos atau Penyakit Bintik Berpusar amat mengerunkan kerana ianya mampu menjejaskan hasil dan pendapatan petani.
Serangan oleh Antracnose juga merupakan ancaman petani di seluruh dunia yang menanam cili disebabkan oleh kulat Collectotricum. Kulat ini adalah genus terbesar dari group Ascomycete yang menyerang banyak jenis tanaman termasuk cili.
Agen yang menyebabkan antraknos ini dikenali sebagai Colletotrichum capsici iaitu sejenis kulat yang mana secara umumnya kulat ini cepat membiak melalui spora jika persekitarannya lembab. Diantara simptom serangan antraknos adalah terdapat bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.
Penyakit ini sering menyerang apabila musim hujan iaitu pada bulan November hingga Disember setiap tahun dimana ia menyebabkan harga cili pada waktu tersebut akan melambung tinggi sehingga berkali ganda daripada musim biasa.
Kini kebanyakkan pengusaha cili meracun kulat secara membuta tuli dan bahkan ada yang melakukan semburan racun kulat seawal selepas memindahkan anak pokok kerana ketakutan akan serangan penyakit ini. Sebenarnya kawasan persekitaran kebun petani memang sudah ada spora antraknos ini akan tetapi ianya tidak aktif sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk ianya membiak dan menyerang tanaman.
Lazimnya penyakit antraknos ini akan menyerang pada buah cili, justeru itu penggunaan racun kawalan untuk antraknos hanya perlu dilakukan setelah pokok cili ada putik buah cili iaitu ia adalah sekitar 35 hari selepas anak pokok dipindahkan ke ladang atau polibeg. Bagi mencegah penyakit ini para petani dinasihatkan agar mereka perlu melakukan semburan racun kulat di dalam jangka masa 48 jam selepas hujan.
Bagi pengusaha yang telah terkena serangan antraknos ini maka sebaiknya buah yang terkena jangkitan perlu dibuang. cara membuang buah ini masukkan didalam bungkusan plastik dan buang di tempat pelupusan sampah iaitu ia jauh daripada kebun petani.
Sebagai amaran, elakkan agar petani tidak membakar atau membiarkan buah cili yang terkena jangkitan ini bersepah di kebun kerana jangkitan antraknos bermula daripada spora. Jika punca penyakit atau spora masih ada di kebun petani sememangnya sia-sialah usaha mengawal serangan penyakit ini. Jika dibuat beberapa tindakan kawalan pun maka ianya tidak akan berkesan. Amalan terbaik adalah selepas buang bahagian yang dijangkiti maka dengan segera lakukan sembur racun kulat yang disyorkan.
Daripada bahagian pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia mereka syorkan racun seperti Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®), Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®) Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®), Trifloxystrobin (NATIVO®), Tebuconazole atau pun jenama (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®) serta racun jenis Azoxystrobin.
Apa pun yang mesti dilakukan petani adalah sentiasa menjaga kebersihan kebunnya. Setelah semburan dibuat maka periksa simptom jika masih ada bintik berpusar berwarna hitam. Selain menyembur racun sebaiknya amalkan cara kawalan lain seperti membuang bahagian yang dijangkiti, menggunakan biji benih cili yang bebas penyakit, sentiasa menjaga kebersihan ladang dan juga lakukan aktiviti penggiliran tanaman
Para saintis masih meneruskan kajian bagaimana mengawal serangan oleh antraknos menggunakan kaedah biologi. Kalau menggunakan racun pun dari jenis Biopisticide yang mesra alam dan selamat digunakan. Salah satu yang disyorkan adalah penggunaan Trichoderma iaitu sejenis kulat yang hidup bebas dalam tanah. Tricoderma dilaporkan sebagai agen mengawal semulajadi biologi atau Biological Control Agent (BCA) tetapi ia juga akan membantu tumbuhan hidup lebih subur dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan. Serbuk seperti bedak kini telah banyak dibangunkan oleh banyak syarikat termasuk oleh CiliBangi (Sila lihat foto di bawah).
Produk ini didakwa mengandungi Trichoderma yang mana didakwa boleh membantu untuk mengawal serangan antraknos dikawasan penanaman cili. Banyak kajian dan testimoni dilakukan dimana penggunaan bahan trichorderma ini berjaya mengawal serangan antraknos pada cili. Kejadian serangan amat kurang bagi pokok cili yang menggunakan trichoderma berbanding dengan pokok yang tidak menggunakannya.Cara mengguna boleh dengan rawatan biji benih, pada tanah (soil drenching), dicampur dengan baja kompos tahi ayam atau pun boleh juga digunakan sebagai semburan foliar pada tumbuhan.
Disyorkan penggunaan trichoderma seawal peringkat semaian benih dan peringkat awal penanaman dikebun dan berterusan.
No comments:
Post a Comment