Nampak tak perbezaan antara 2 serai ini? Serai wangi tu pokoknya merimbun dan agak semak sedikit. Sekiranya daunnya dipotong, akan terhasil satu aroma yang wangi. Serai biasa pula pokoknya lebih kemas dan daunnya tumbuh menegak .
Ape istimewanya Serai Wangi? Ia digunakan untuk menghalau nyamuk dan serangga lain seperti semut, lipas, lalat dan lain-lain. Saya baru tahu tentang info ini!! Haishh..ketinggalan betul😂😂😂
Selama ni dok ingat ubat gegat, kapur, garam or paling moden ridsect atau shieldtox.
Serai biasa (dipanggil juga Serai Makan) atau nama botaninya (Cymbopogon citratus) ialah sejenis tanaman baka dari famili Graminae/Poaceae. Dikenali juga dengan nama-nama seperti takrai (Thailand), sereh makan (Indonesia)
atau lemongrass (Inggeris) merupakan herba malar hijau yang dikatakan berasal dari Sri Lanka.
Tumbuhan ini tersebar luas di kawasan tropika yang sangat popular digunakan sebagai perisa dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutama Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam juga Caribbean.
Serai mudah ditanam menggunakan batangnya yang tumbuh daripada rizom yang berumur tidak kurang dari 8 bulan. Serai sesuai ditanam di kawasan lapang dan kebanyakkan jenis tanah kecuali kawasan tanah berair atau berpaya.
Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Di Malaysia, serai ditanam sebagai tanaman dapur namun kini terdapat juga pengusaha tanaman serai ini secara komersil.
Mungkin selama ini serai makan diketahui kegunaannya sebagai perisa dalam masakan. Sebenarnya serai makan juga digunakan untuk tujuan perubatan terutama bagi menyembuhkan demam kuning dengan merebus pokok serai untuk dijadikan sebagai air mandian. Selain dari itu air rebusan batang yang diracik juga boleh diminum bagi mengurangkan kolestrol, melancarkan perpeluhan atau
menghilangkan bau badan. Serai juga digunakan bagi ibu selepas bersalin dalam ramuan ubat periuk.
SERAI WANGI atau nama botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga yang sama dengan serai makan. Merupakan sejenis tanaman yang menyerupai tumbuhan rumput, tetapi mempunyai batang yang agak pendek sedikit dari serai makan.
Helaian daunnya tirus dan panjang dan lebih lebar dari serai makan dan kelihatan terkulai ke bawah. Batangnya lebih langsing dan tidak terlalu membulat jika dibandingkan dengan serai wangi manakala batang dan daunnya beraroma.
Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati.
Serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau serangga. Di India, serai wangi banyak digunakan sebagai herba perubatan tradisional Aryuveda dan industri wangi-wangian.
Dalam masyarakat Melayu, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas bersalin selain aromanya yang digunakan sebagai
penghalau nyamuk.
No comments:
Post a Comment