Friday, 6 December 2019

Apa itu Lalat Buah

Lalat buah merupakan sejenis serangga kecil bersaiz seperti lalat rumah yang boleh merosakkan buah-buahan yang ditanam dengan cara bertelur atas kulit buah yang matang. Spesies lalat buah yang terdapat di Malaysia adalah daripada jenis Bactrocera sp, seperti Bactrocera papayae (Drew & Hancock) dan Bactrocera carambolae (Drew & Hancock).

                             


Menurut panduan menanam mangga Mardi, kitaran hidup lalat buah adalah kira-kira 3 minggu, iaitu peringkat dewasa, telur (2-3 hari), ulat (8-12 hari), dan kepompong (4-6 hari).  Peringkat telur dan ulat terjadi di dalam buah manakala peringkat kepompong terjadi di dalam tanah setelah buah gugur.

Menurut kajian UPM mengenai Bactrocera carambolae (Drew & Hancock) yang dibela dengan buah jambu batu, kitarannya adalah telur 1.16 ± 0.00 hari, larva 12.02 ± 0.13 hari dan kepompong 7.03 ± 0.08 hari sebelum dewasa muncul. Lalat buah jantan akan hidup selama 21.97 ± 2.69 hari dan betina 19.19 ± 1.50 hari.

                               

Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan cara lalat dewasa akan menyengat atau menyuntik telur pada buah. Kemudian larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam di mana antara tanda tanda serangan adalah buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Pada fizikal luar buah akan terdapat kesan seperti tusukan jarum pada bahagian luar buah. Jika anda teliti lagi pada bahagian dalam buah pula kita akan jumpa ulat yang di panggil larva. Serangan lalat buah jika tidak di kawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. Antara punca yang menyebabkan lalat buah datang adalah disebabkan oleh buah yang terkena antraknos. Jadi kita kena mengawal kesihatan tanam di kebun supaya jangan terkena fungus antraknos. Gambar di bawah adalah contoh tanaman cili yang diserang oleh lalat buah. 

    Insha Allah pada entry seterusnya saya akan kongsikan cara untuk menangani masalah lalat buah.  

                        


KREDIT KEPADA:
animhosnan.blogspot


No comments:

Post a Comment