Thursday, 23 January 2020

Pasang Sumbu pada pokok tin.

               
Sumbu yang telah siap dipasang. 

23.1.2020

Malam tadi buat pemasangan sumbu yang menghubungkan air di dalam botol mineral kepada bahagian akar pokok tin sebagai persediaan sebelum pulang ke Pekan Pahang petang nanti. 

Ia bertujuan untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi walaupun tidak disiram selama beberapa hari. 

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana sumbu itu berfungsi? 

Sumbu yang digunakan itu akan menyedut air dari botol mineral itu seperti konsep Sponge. 

Sumbu ini akan sentiasa dalam keadaan basah dan akar tanaman akan menyerap air daripada sumbu tersebut. Keadaan sumbu yang sentiasa basah membolehkan tanaman sentiasa dapat menyerap air yang diperlukan. 

Untuk tingkatkan jumlah air yang diserap, kita boleh gunakan lebih daripada satu sumbu.

Kebiasaannya  1.5liter air boleh bertahan selama 3-4 hari(bergantung kepada saiz pokok). 

Semoga ikhtiar ini akan dapat membantu pokok tin untuk menjalani proses pembesarannya dengan sihat dan kuat. 

Insha Allah. 

#WaniedaAgro
#BajaAB

Wednesday, 22 January 2020

Semai Sawi Emas

22.1.2020
========
Percubaan kali kedua menyemai Sawi Emas menampakkan respons yang positif. 

Alhamdulillah biji benih yang bercambah lebih banyak dan sihat. 

Saya mula semai pada 17.1.2020 dan hari ini adalah hari ke -5.


Hari Kedua Benih sudah bercambah


Hari Ke-3 

Hari ke-5


Antara perkara yang diberi perhatian semasa proses semaian:
a) Pemilihan biji benih yang berkualiti. 
b) Kaedah rendaman biji benih sebelum  disemai. 
c) Medium untuk semaian. 
d) Menjaga kelembapan medium. 
e) Proses pemindahan ke medium yang lebih selesa untuk anak benih. 

Semoga Allah izin untuk merasa hasil tuaiannya nanti. Insha Allah. 

#WaniedaAgro
#BajaAB

Thursday, 9 January 2020

Tanda kekurangan nutrien pada tumbuhan.

Secara asasnya terdapat 12 jenis unsur atau nutrien yang penting untuk pertumbuhan tanaman. Nutrien tersebut diperlukan sebagai Unsur Utama (NPK) dan juga Unsur Pekit (Selain daripada NPK). 

Unsur Utama adalah Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K) yang lazimnya menjadi komponen utama dalam komposisi baja yang digunakan dan dijual dipasaran. Walaupun ketiga-tiga unsur tersebut diperlukan dengan kuantiti banyak tetapi unsur pekit seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi /Ferum (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron (B), Kuprum (Cu) dan Molybdenun (Mo)  juga signifikan keperluannya. 

Apa yang berlaku sekiranya salah satu unsur utama nutrien tidak mencukupi? 
Sebagai contoh Nitrogen. 
Semua tumbuh-tumbuhan memerlukan bekalan makronutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat, dan nitrogen adalah nutrien yang biasanya terhad.  

Kekurangan nitrogen dalam tumbuh-tumbuhan boleh berlaku apabila bahan organik dengan kandungan karbon tinggi, seperti habuk papan, ditambah kepada tanah.

Organisma tanah menggunakan mana-mana nitrogen untuk memecahkan sumber karbon, menjadikan N tidak tersedia kepada tumbuh-tumbuhan.

Ini dikenali sebagai "merompak" tanah nitrogen.Gambar di bawah menunjukkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh daun sekiranya tumbuhan mengalami kekurangan nutrien. 

                     

Symptom seperti dlm gambar akan berlaku sekiranya salah satu nutrien yg diperlukan tumbuhan tidak mencukupi.