Tahu tak tong gas ada tarikh luput?
Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan.
Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical,
Contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.
*A* untuk *March* (Suku pertama)
*B* untuk *Jun* (Suku kedua)
*C* untuk *September* (Suku ketiga)
*D*untuk *December* (Suku keempat)
digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2017 sahaja.
Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang.
*B21* tu ,tong gas tu masih selamat diguna sehingga bulan jun tahun *2021*
Tuesday, 17 December 2019
Thursday, 12 December 2019
Perbezaan Serai Biasa dan Serai Wangi
Nampak tak perbezaan antara 2 serai ini? Serai wangi tu pokoknya merimbun dan agak semak sedikit. Sekiranya daunnya dipotong, akan terhasil satu aroma yang wangi. Serai biasa pula pokoknya lebih kemas dan daunnya tumbuh menegak .
Ape istimewanya Serai Wangi? Ia digunakan untuk menghalau nyamuk dan serangga lain seperti semut, lipas, lalat dan lain-lain. Saya baru tahu tentang info ini!! Haishh..ketinggalan betul😂😂😂
Selama ni dok ingat ubat gegat, kapur, garam or paling moden ridsect atau shieldtox.
Serai biasa (dipanggil juga Serai Makan) atau nama botaninya (Cymbopogon citratus) ialah sejenis tanaman baka dari famili Graminae/Poaceae. Dikenali juga dengan nama-nama seperti takrai (Thailand), sereh makan (Indonesia)
atau lemongrass (Inggeris) merupakan herba malar hijau yang dikatakan berasal dari Sri Lanka.
Tumbuhan ini tersebar luas di kawasan tropika yang sangat popular digunakan sebagai perisa dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutama Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam juga Caribbean.
Serai mudah ditanam menggunakan batangnya yang tumbuh daripada rizom yang berumur tidak kurang dari 8 bulan. Serai sesuai ditanam di kawasan lapang dan kebanyakkan jenis tanah kecuali kawasan tanah berair atau berpaya.
Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Di Malaysia, serai ditanam sebagai tanaman dapur namun kini terdapat juga pengusaha tanaman serai ini secara komersil.
Mungkin selama ini serai makan diketahui kegunaannya sebagai perisa dalam masakan. Sebenarnya serai makan juga digunakan untuk tujuan perubatan terutama bagi menyembuhkan demam kuning dengan merebus pokok serai untuk dijadikan sebagai air mandian. Selain dari itu air rebusan batang yang diracik juga boleh diminum bagi mengurangkan kolestrol, melancarkan perpeluhan atau
menghilangkan bau badan. Serai juga digunakan bagi ibu selepas bersalin dalam ramuan ubat periuk.
SERAI WANGI atau nama botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga yang sama dengan serai makan. Merupakan sejenis tanaman yang menyerupai tumbuhan rumput, tetapi mempunyai batang yang agak pendek sedikit dari serai makan.
Helaian daunnya tirus dan panjang dan lebih lebar dari serai makan dan kelihatan terkulai ke bawah. Batangnya lebih langsing dan tidak terlalu membulat jika dibandingkan dengan serai wangi manakala batang dan daunnya beraroma.
Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati.
Serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau serangga. Di India, serai wangi banyak digunakan sebagai herba perubatan tradisional Aryuveda dan industri wangi-wangian.
Dalam masyarakat Melayu, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas bersalin selain aromanya yang digunakan sebagai
penghalau nyamuk.
Sunday, 8 December 2019
Membuat Perangkap Lalat Buah
Salah satu cara yang berkesan dan tidak menggunakan racun untuk mengatasi serangan lalat buah ialah dengan menggunakan Methyl Eugenol.
Ia berfungsi untuk menarik perhatian lalat buah jantan masuk ke dalam botol perangkap bagi menghampiri kapas yang telah dicelup dengan Methyl Eugenol disebabkan baunya yang menyerupai feromon untuk mengawan yang dirembeskan oleh lalat betina.
Berikut adalah kaedah untuk menyediakan perangkap lalat buah:
1) Cari botol saiz 5liter (untuk kebun)
2) Tebuk lubang lebih kurang saiz 5mm sebagai tingkap utk lalat buah masuk. Buat dua lubang.
3) Isi air lebih kurang suku bahagian botol tu.
4) Guna kapas untuk diletakkan beberapa titis Methyl Euganol, ikat dengan tali dan selit pada penutup botol. Gantung kapas tersebut di dalam botol dan pastikan tak terkena air yg di bawah tu.
5) Lalat buah jantan akan tertarik dgn kapas yg dititiskan dgn Methyl Euganol tersebut kerana ia menyamai bau feromon yg dirembeskan oleh lalat buah betina.
6) Lalat yg terperangkap akhirnya akan mati di dalam botol perangkap tersebut. Apabila tiada persenyawaan antara lalat buah jantan dan betina, maka buah pada pokok akan terpelihara daripada gangguan larva lalat buah yg disuntik oleh lalat buah betina.
Sekiranya ada yang yang berminat untuk membeli pemikat lalat buah ini, boleh whatsap saya melalui link :
http://www.wassap.my/0126530189/NakOrderPemikatLalatBuah

Apa Itu Antraknos
Serangan Penyakit Antraknos atau Penyakit Bintik Berpusar amat mengerunkan kerana ianya mampu menjejaskan hasil dan pendapatan petani.
Serangan oleh Antracnose juga merupakan ancaman petani di seluruh dunia yang menanam cili disebabkan oleh kulat Collectotricum. Kulat ini adalah genus terbesar dari group Ascomycete yang menyerang banyak jenis tanaman termasuk cili.
Agen yang menyebabkan antraknos ini dikenali sebagai Colletotrichum capsici iaitu sejenis kulat yang mana secara umumnya kulat ini cepat membiak melalui spora jika persekitarannya lembab. Diantara simptom serangan antraknos adalah terdapat bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.
Penyakit ini sering menyerang apabila musim hujan iaitu pada bulan November hingga Disember setiap tahun dimana ia menyebabkan harga cili pada waktu tersebut akan melambung tinggi sehingga berkali ganda daripada musim biasa.
Kini kebanyakkan pengusaha cili meracun kulat secara membuta tuli dan bahkan ada yang melakukan semburan racun kulat seawal selepas memindahkan anak pokok kerana ketakutan akan serangan penyakit ini. Sebenarnya kawasan persekitaran kebun petani memang sudah ada spora antraknos ini akan tetapi ianya tidak aktif sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk ianya membiak dan menyerang tanaman.
Lazimnya penyakit antraknos ini akan menyerang pada buah cili, justeru itu penggunaan racun kawalan untuk antraknos hanya perlu dilakukan setelah pokok cili ada putik buah cili iaitu ia adalah sekitar 35 hari selepas anak pokok dipindahkan ke ladang atau polibeg. Bagi mencegah penyakit ini para petani dinasihatkan agar mereka perlu melakukan semburan racun kulat di dalam jangka masa 48 jam selepas hujan.
Bagi pengusaha yang telah terkena serangan antraknos ini maka sebaiknya buah yang terkena jangkitan perlu dibuang. cara membuang buah ini masukkan didalam bungkusan plastik dan buang di tempat pelupusan sampah iaitu ia jauh daripada kebun petani.
Sebagai amaran, elakkan agar petani tidak membakar atau membiarkan buah cili yang terkena jangkitan ini bersepah di kebun kerana jangkitan antraknos bermula daripada spora. Jika punca penyakit atau spora masih ada di kebun petani sememangnya sia-sialah usaha mengawal serangan penyakit ini. Jika dibuat beberapa tindakan kawalan pun maka ianya tidak akan berkesan. Amalan terbaik adalah selepas buang bahagian yang dijangkiti maka dengan segera lakukan sembur racun kulat yang disyorkan.
Daripada bahagian pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia mereka syorkan racun seperti Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®), Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®) Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®), Trifloxystrobin (NATIVO®), Tebuconazole atau pun jenama (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®) serta racun jenis Azoxystrobin.
Apa pun yang mesti dilakukan petani adalah sentiasa menjaga kebersihan kebunnya. Setelah semburan dibuat maka periksa simptom jika masih ada bintik berpusar berwarna hitam. Selain menyembur racun sebaiknya amalkan cara kawalan lain seperti membuang bahagian yang dijangkiti, menggunakan biji benih cili yang bebas penyakit, sentiasa menjaga kebersihan ladang dan juga lakukan aktiviti penggiliran tanaman
Para saintis masih meneruskan kajian bagaimana mengawal serangan oleh antraknos menggunakan kaedah biologi. Kalau menggunakan racun pun dari jenis Biopisticide yang mesra alam dan selamat digunakan. Salah satu yang disyorkan adalah penggunaan Trichoderma iaitu sejenis kulat yang hidup bebas dalam tanah. Tricoderma dilaporkan sebagai agen mengawal semulajadi biologi atau Biological Control Agent (BCA) tetapi ia juga akan membantu tumbuhan hidup lebih subur dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan. Serbuk seperti bedak kini telah banyak dibangunkan oleh banyak syarikat termasuk oleh CiliBangi (Sila lihat foto di bawah).
Produk ini didakwa mengandungi Trichoderma yang mana didakwa boleh membantu untuk mengawal serangan antraknos dikawasan penanaman cili. Banyak kajian dan testimoni dilakukan dimana penggunaan bahan trichorderma ini berjaya mengawal serangan antraknos pada cili. Kejadian serangan amat kurang bagi pokok cili yang menggunakan trichoderma berbanding dengan pokok yang tidak menggunakannya.Cara mengguna boleh dengan rawatan biji benih, pada tanah (soil drenching), dicampur dengan baja kompos tahi ayam atau pun boleh juga digunakan sebagai semburan foliar pada tumbuhan.
Disyorkan penggunaan trichoderma seawal peringkat semaian benih dan peringkat awal penanaman dikebun dan berterusan.

Friday, 6 December 2019
Apa itu Lalat Buah
Lalat buah merupakan sejenis serangga kecil bersaiz seperti lalat rumah yang boleh merosakkan buah-buahan yang ditanam dengan cara bertelur atas kulit buah yang matang. Spesies lalat buah yang terdapat di Malaysia adalah daripada jenis Bactrocera sp, seperti Bactrocera papayae (Drew & Hancock) dan Bactrocera carambolae (Drew & Hancock).
Menurut panduan menanam mangga Mardi, kitaran hidup lalat buah adalah kira-kira 3 minggu, iaitu peringkat dewasa, telur (2-3 hari), ulat (8-12 hari), dan kepompong (4-6 hari). Peringkat telur dan ulat terjadi di dalam buah manakala peringkat kepompong terjadi di dalam tanah setelah buah gugur.
Menurut kajian UPM mengenai Bactrocera carambolae (Drew & Hancock) yang dibela dengan buah jambu batu, kitarannya adalah telur 1.16 ± 0.00 hari, larva 12.02 ± 0.13 hari dan kepompong 7.03 ± 0.08 hari sebelum dewasa muncul. Lalat buah jantan akan hidup selama 21.97 ± 2.69 hari dan betina 19.19 ± 1.50 hari.
Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan cara lalat dewasa akan menyengat atau menyuntik telur pada buah. Kemudian larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam di mana antara tanda tanda serangan adalah buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Pada fizikal luar buah akan terdapat kesan seperti tusukan jarum pada bahagian luar buah. Jika anda teliti lagi pada bahagian dalam buah pula kita akan jumpa ulat yang di panggil larva. Serangan lalat buah jika tidak di kawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. Antara punca yang menyebabkan lalat buah datang adalah disebabkan oleh buah yang terkena antraknos. Jadi kita kena mengawal kesihatan tanam di kebun supaya jangan terkena fungus antraknos. Gambar di bawah adalah contoh tanaman cili yang diserang oleh lalat buah.
Insha Allah pada entry seterusnya saya akan kongsikan cara untuk menangani masalah lalat buah.
KREDIT KEPADA:
animhosnan.blogspot
Thursday, 5 December 2019
Pokok Selasih Pokok 1001 Manfaat
Pokok Selasih sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Boleh dikatakan ia merupakan pokok 1001 fungsi.
Ia adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya. Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit da mengurangkan stress. Ia juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan.
Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sup atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.
Pucuk selasih biasanya dicampurkan dalam masakan gulai nangka muda, masak lemak labu atau masak lemak udang/ketam. Manakala biji selasih amat sesuia dijadikan minuman untuk menyejukkan badan.
Dengan menggunakan daun selasih sebagai menu makanan kita, kita beroleh pelbagai khasiat herba untuk kesihatan badan kita yang berpanjangan. Apatah lagi penanamannya amat mudah dan tidak perlu menggunakan bahan kimia (racun makhluk perosak) untuk menjaganya.
Dahan Selasih Tidaklah Tebal
Mudah Digentas Dengan Tangan
Jangan Letih Berbuat Amal
Andai Syurga Menjadi Idaman.
Sudah Patah Pucuk Selasih
Gugur Bunganya Di tengah Huma
Ke Hadrat Allah Kita Merintih
Mengenang Dosa Setiap Masa.
Tuesday, 3 December 2019
EC Meter HM Digital
Adakah anda:
a) Minum air dari penapis air?
b) Memelihara ikan di dalam akuarium?
c) Menjalankan pertanian secara fertigasi?
d) Menjalankan pertanian secara hidroponik?
e) Mempunyai kolam renang atau spa?
Jika YA, anda MESTI memiliki EC Meter HM Digital Aquapro AP-2.
Kenapa?
a) Sekiranya anda memiliki penapis air di rumah, alat ini akan memastikan air tersebut selamat untuk diminum dan berada di dalam kekondusian yang betul.
b) Sekiranya anda bercucuk tanam dengan kaedah Fertigasi atau Hidroponik, alat ini berfungsi memeriksa kadar nutrien di dalam air baja adalah sesuai untuk tanaman.
Berminat untuk dapatkan EC Meter ini? Klik link whatsap ini:
Remayong (Malabar Spinach) : Sayur Penuh Khasiat Yang Jarang Didengar
Remayong Hijau
Terdapat dua jenis remayung iaitu remayung merah (batang berwarna ungu kemerahan) dan remayung hijau (batang bewarna hijau). Pokok ini mempunyai daun berbentuk jantung. Ia mampu tumbuh sehingga 10m panjang. Remayung adalah tumbuhan memanjat. Ia juga dikenali sebagai bayam malabar dan bayam memanjat. Sebenarnya remayung bukannya dari jenis bayam.
Remayong Merah
Remayung adalah sayur herbal yang berlendir yang sering menjadi masakan cina. Ia lazimnya dibuat sup sayur atau dimasak bersama ketam. Dalam kajian yang telah dibuat pada tikus makmal yang berpenyakit diabetis, remayung mampu mengubati buah pinggang, hati dan pankreas tikus yang telah rosak.
Sayur herbal ini amat sesuai dimakan oleh pesakit diabetis untuk membaiki buah pinggang, hati dan pankreas yang rosak. Ia boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak.
Lagi info tentang Remayong ( Malabar Spinach)
Subscribe to:
Posts (Atom)